
Jul 28, 2010
Jul 22, 2010
Jul 20, 2010
Jul 17, 2010
MAJLIS PERASMIAN KUMP 3 SIRI 7/2010 KEM DAMAI PARK, MERBOK
Jun 25, 2010
KUMP 3 SIRI 7/2010
Pelatih kumpulan 3 mula melaporkan diri di kem masing-masing mulai 18hb. Jun 2010. Salah satu DP (Droping point) di Kedah ialah ditapak ekspo Taman Ria Jaya. Mulai seawal jam 0800 pg. kawasan tersebut mulai sesak dengan kedatangan pelatih dan keluarga. Urusan pendaftaran dan penghantaran tamat pada jam 1130 pg.
May 11, 2010
PRKTIKAL KERAF HUTAN
May 9, 2010
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN ASRAMA

Tertera di gambar ialah kerja-kerja gotong royong di asrama wira. Memandangkan cuaca agak panas, lebih selesa menjalankan kerja-kerja tanpa berbaju. Oleh sebab itu juga hanya gambar wira yang sempat di rakamkan.
Tak tahulah gamaknya di asrama wirawati....?
May 8, 2010
LATIHAN AIR
Esok, 9hb. Mei 2010, kompeni alfa dan bravo, wira dan wirawati akan menjalani dahulu latihan air bermula jam 8.00 pg, manakala kompeni charlie dan delta akan menjalani latihan navigasi 4 dan krafhutan.

May 4, 2010
LATIHAN FIRE DRILL

Tepat jam 1600 ptg, 3hb. Mei 2010, siren kecemasan telah dibunyikan. Kesemua warga kem termasuk pelatih yang sedang belajar, jurulatih, staff medik dan pentadbiran, terus bergerak keluar berhimpun di padang kawad bersama-sama alat pemadam api.
Taklimat ringkas diberi oleh komandan kem, koordinator dan pegawai disiplin.
Latihan ini akan diadakan sekurang-kurangnya nya sekali untuk setiap kumpulan sebagai langkah keselamatan semua warga kem.
May 3, 2010
PROGRAM KEMPEN BUMI HIJAU PERINGKAT KEM DAMAI PARK, MERBOK

Objektif program ini ialah untuk menyahut seruan kerajaan Malaysia, memberi pendedahan kepada pelatih mengenai selok belok pertanian, mengeratkan hubungan antara pelatih dan jurulatih, mengukuhkan perpaduan antara pelatih dan memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam diri pelatih.
Hampir satu ekar tanah bersebelahan dengan gelanggang sukan baru telah diperuntukkan oleh pengusaha kem untuk projek ini. Sehingga ini tanaman ubi kayu telah tumbuh dengan baik. Jenis tanaman yang diusahakan ialah tanaman jangka pendek seperti cili api, kangkung tanah, kacang bendi dan limau kasturi. Sementara tanaman jangka panjang terdiri daripada pokok ubi kayu, pisang dan halia madu.
Untuk menjayakan program ini pihak kem telah mendapat khidmat nasihat daripada Pejabat Pertanian Kuala Muda. Satu jawatankuasa khas juga telah dibentuk dibawah naungan Komandan Kem dengan Timb. Komandan Latihan sebagai penasihat. Setiap hari bekerja seramai 5 orang wira dari setiap kompeni akan mengambil bahagian secara sukarela pada waktu riadah petang. Mereka akan dikawal selia oleh AJK Bumi Hijau.
Apr 25, 2010
COURSE BREAK
Pelatih-pelatih akan mula balek mulai esok dimulai oleh pelatih daripada Kelantan. Mereka akan bercuti hingga 1hb. Mei 2010.

Apr 21, 2010
Apr 18, 2010
PERLAWANAN AKHIR BOLA TAMPAR WIRAWATI KUMP 2 SIRI 7/2010
Perlawanan pada petang ini akan menyaksikan kompeni Alfa melawan kompeni delta. Ianya akan berlangsung di gelanggang sukan yang baru bersebelahan surau.

KUMP 2 SIRI 7/2010
Seramai 370 orang pelatih mendaftar di kem damai park, merbok untuk kump. 2 siri 7/2010. Mereka terdiri daripada pelatih dari negeri Perak, Kedah, Penang dan Kelantan. Berbeza dengan kumpulan lepas, majoriti pelatih untuk kumpulan ini adalah dari negeri Perak.

CUTI KURSUS
Pelatih akan bercuti dari 26hb. April hingga jam 1700 pada 1 hb. Mei 2010. Satelah pulang dari bercuti mereka akan mengikuti modul integrasi selama 5 hari.
Feb 11, 2010
KELAS MULTISKIL
Pelatih sedang menjalani modul kenegaraan dan Khidmat Komuniti dalam modul kenegaraan. Dalam modul kenegaraan, pembelajaran telahpun masuk ke konsep rakyat.

Feb 10, 2010
Jan 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)