SALAM PERPADUAN

PENTOMEN/MAJLIS PENUTUP KUMP 1 SIRI 8/2011

Jul 17, 2014

Just to inform I'm back again.....

Mar 27, 2011

BELAJAR BINA WEBSITE

http://www.bina-website-sendiri.com/index.php?ref=mazlan01

Mar 23, 2011

SEMAKAN SENARAI NAMA PESERTA/CALON PLKN

Terdapat dua cara untuk membuat semakan senarai nama peserta & calon PLKN, iaitu melalui laman web Khidmat Negara atau SMS

1) Langkah 1 (melalui online)

Layari laman web rasmi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Kemudian masukkan no kad pengenalan anda KLIK pada butang Cari

2) Langkah 2 (melalui sms)

Taipkan “NS(ruang) e.g. NS(ruang) 911212115050 & hantarkan SMS anda ke 33995

Tetapi memandangkan ramai sangat yang nak semak sms ketika ini ditambah dengan ramai viewer yang nk masok website khidmat negara tersebut sehingga menyebabkan kelewatan & website tersebut susah dibuka pada sesetengah tempoh. Jadi, harap-harap bersabar ya….

Yang mana ingin menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) secara sukarela boleh download borang permohonan pelatih sukarela di laman web rasmi PLKN www.khidmatnegara.gov.my.

Isikan semua maklumat yang diperlukan dan hantar semula kepada mereka dan mereka akan pertimbangkan permohonan anda samada anda layak atau tidak.

KUMP 2 SIRI 8/2011

Kump 2 akan mula melapor pada 15 May 2011 yang akan datang. Kepada mereka yang bakal melapor bolehlah membuat persediaan bagi memantapkan fizikal dan mental. Kami menunggu kedatangan anda.

Mar 22, 2011

PERJUMPAAN KAMI ANAK 1MALAYSIA

Terima kasih kepada bekas pelatih yang telah sms kepada Cikgu Mazlan tentang  minat mereka untuk menyertai perjumpaan diatas. Tawaran masih lagi terbuka kepada mereka yg berminat. Maklumat terkini hanya 5 buah bas akan disediakan disetiap kem. Perkara lain seperti elaun perjalanan, makan, pakaian dan aturcara tambahan masih diperingkat perbincangan. Sila SMS nama, alamat, no.hp dan kump/siri kpd 0194339202.

Feb 3, 2011

Happy Chinese New Year

Pelatih mula bercuti pada 2hb. Feb  dan pulang semula ke kem sebelum jam 1700 ptg, 6hb. Feb. Manakala pelatih cina diberi pengecualian dan boleh kembali ke kem pada 9hb. Feb...happy holiday..go back in one piece and make sure u all come back in one piece also...see u all...

Jul 28, 2010

PROGRAM BUMI HIJAU KUMP 3 SIRI 7/2010

Seronoknya program bumi hijau telah membuahkan hasil...27/07/2010..

Jul 22, 2010

Jul 17, 2010

MAJLIS PERASMIAN KUMP 3 SIRI 7/2010 KEM DAMAI PARK, MERBOK

Majlis ini disempurnakan oleh Timb Komandan Latihan, Mej (B) Lee Hock Sun. Hadir sama ialah Timb. Komandan Pengurusan Kapt. Syuhaimi Hamzah, KJ Fizikal dan KJ Multiskil.

PERTANDINGAN SUKAN AIR 14/7/2010

PERTANDINGAN SUKAN AIR 14/7/2010

Jun 25, 2010

Tempat Berlepas Tapak Ekspo, Taman Ria Jaya, Sg.Petani

DP di tapak ekspo Taman Ria Jaya.

KUMP 3 SIRI 7/2010

Pelatih kumpulan 3 mula melaporkan diri di kem masing-masing mulai 18hb. Jun 2010. Salah satu DP (Droping point) di Kedah ialah ditapak ekspo Taman Ria Jaya. Mulai seawal jam 0800 pg. kawasan tersebut mulai sesak dengan kedatangan pelatih dan keluarga. Urusan pendaftaran dan penghantaran tamat pada jam 1130 pg.

May 11, 2010

PRKTIKAL KERAF HUTAN

Pada 10hb. Mei, satu latihan praktikal mengenai survival skill telah dipertontonkan kepada wirawati. Mereka di ajar cara-cara survival, mengenal tumbuhan hutan yang boleh dimakan serta cara mendapatkan air daripada pokok hutan.

May 9, 2010

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN ASRAMA

Pagi ini semua pelatih menjalankan gorong royong membersihkan asrama masing-masing.

Tertera di gambar ialah kerja-kerja gotong royong di asrama wira. Memandangkan cuaca agak panas, lebih selesa menjalankan kerja-kerja tanpa berbaju. Oleh sebab itu juga hanya gambar wira yang sempat di rakamkan.

Tak tahulah gamaknya di asrama wirawati....?

May 8, 2010

LATIHAN AIR

Esok, 9hb. Mei 2010, kompeni alfa dan bravo, wira dan wirawati akan menjalani dahulu latihan air bermula jam 8.00 pg, manakala kompeni charlie dan delta akan menjalani latihan navigasi 4 dan krafhutan.

May 4, 2010

LATIHAN FIRE DRILL


Tepat jam 1600 ptg, 3hb. Mei 2010, siren kecemasan telah dibunyikan. Kesemua warga kem termasuk pelatih yang sedang belajar, jurulatih, staff medik dan pentadbiran, terus bergerak keluar berhimpun di padang kawad bersama-sama alat pemadam api.

Taklimat ringkas diberi oleh komandan kem, koordinator dan pegawai disiplin.

Latihan ini akan diadakan sekurang-kurangnya nya sekali untuk setiap kumpulan sebagai langkah keselamatan semua warga kem.